Sunday, 10 April 2011

hujung minggu di rumah peranginan bukit fraser

Sabtu 9 April ...aku bersama suami dan dua puteriku ingin mengisi masa cuti hujung minggu ke Bukit Fraser Pahang..

Kami bertolak dari rumah pun dah lewat...rasa2nya jam 12 tghari pun masih kat KL lagi...siap singgah Giant Setiawangsa untuk beli bekalan makanan ringan untuk dua puteriku...

Lepas siap beli apa yang patut kami mulakan perjalanan...

puteri-puteriku dah penat...
Kami sampai sana dalam jam 1.50 tghari.....Si kakak dah pening2 lalat..(asyik ambil air nak basuh muka je....sian anak ibu)...
Jawabnya kami kena tunggu pukul 3.00 petang lah untuk mendaki Bukit Fraser kerana untuk menuju ke sana kita terpaksa mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan....
Jam genap untuk perjalanan turun dan jam ganjil untuk naik...
gambar kereta berbaris menunggu giliran untuk naik

Kami mula mendaki balik selepas jam 3.oo petang....
Puteri-puteriku dah mula boring balik...asyik tanya bila nak sampai je...


Dalam masa lebih kurang 15 ke 20 minit...kami selamat tiba ke destinasi...


Ini la...mercu tanda fraser hill...
Tapi kami belum singgah kat sini sebab nak cari rumah peranginan persekutuan dulu....
Sebenarnya..aku dah lama booking rumah kerajaan tu....saja je nak try sebab sebelum ni aku memang pernah dengar je tentang rumah kerajaan tu tapi tak pernah menggunakan kemudahan tersebut....

No comments:

Post a Comment