Sunday, 17 April 2011

Sekitar Rumah Peranginan Persekutuan

Antara bunga yang sempat aku snap...
 Tempat mainan untuk anak-anak

Tempat untuk aktiviti BBQ juga ada disediakan...siap sekali dengan arang..

Adik ngan kakak......
Malam tu kami tak ke mana-mana...letih sangat rasanya...
Perut pun dah kenyangkan...makan nasi ayam yang dibeli dari KL..hehe..

Esok pagi barulah kami bergerak melihat kawasan ...
Tapi...perut kena isi dulu...




 Sempat lagi tu...

 Ini semua gambar berhampiran tempat kita orang pergi sarapan...yang bestnya pagi pun dah ada jual goreng pisang...keledek..keropok lekor...burger pun ada...





Antara gambar sekitar jam kat bukit fraser ...

Lepas saja melawat sekitar kawasan situ...kami pun balik semula ke banglo sebab kami ambik keputusan untuk turun dari Bukit Fraser sekitar jam 12.00 tghari....

Tuesday, 12 April 2011

cari rumah peranginan persekutuan

Bila dah selamat sampai tu....badan pun letih...
perkara pertama yang perlu dibuat ialah....nak cari tempat landing....rumah peranginan persekutuan yang aku dah tempah beberapa bulan yang lepas...
                                           inilah pandangan hadapan tempat aku menginap


Banglo A....tempat kami menginap untuk malam itu...
memang bebaloi betul rasanya dapat tempat menginap kat sini...walaupun kami hanya dapat satu bilik dalam banglo ni...RM 50 je untuk satu malam..hehe




antara perabot yang disediakan

balkoni bilik

Beginilah serba sedikit gambaran peranginan rumah persekutuan bukit fraser.....

Aku terpaksa berhenti di sini dulu sebab puteriku dah mula buat hal...nanti aku sambung balik ok...  

Sunday, 10 April 2011

hujung minggu di rumah peranginan bukit fraser

Sabtu 9 April ...aku bersama suami dan dua puteriku ingin mengisi masa cuti hujung minggu ke Bukit Fraser Pahang..

Kami bertolak dari rumah pun dah lewat...rasa2nya jam 12 tghari pun masih kat KL lagi...siap singgah Giant Setiawangsa untuk beli bekalan makanan ringan untuk dua puteriku...

Lepas siap beli apa yang patut kami mulakan perjalanan...

puteri-puteriku dah penat...
Kami sampai sana dalam jam 1.50 tghari.....Si kakak dah pening2 lalat..(asyik ambil air nak basuh muka je....sian anak ibu)...
Jawabnya kami kena tunggu pukul 3.00 petang lah untuk mendaki Bukit Fraser kerana untuk menuju ke sana kita terpaksa mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan....
Jam genap untuk perjalanan turun dan jam ganjil untuk naik...
gambar kereta berbaris menunggu giliran untuk naik

Kami mula mendaki balik selepas jam 3.oo petang....
Puteri-puteriku dah mula boring balik...asyik tanya bila nak sampai je...


Dalam masa lebih kurang 15 ke 20 minit...kami selamat tiba ke destinasi...


Ini la...mercu tanda fraser hill...
Tapi kami belum singgah kat sini sebab nak cari rumah peranginan persekutuan dulu....
Sebenarnya..aku dah lama booking rumah kerajaan tu....saja je nak try sebab sebelum ni aku memang pernah dengar je tentang rumah kerajaan tu tapi tak pernah menggunakan kemudahan tersebut....